PHYTOCOL - ST
ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULA JADI DENGAN FITOSTEROL
Berdasarkan kepada National Health and Morbidity Survey, 2011, dianggarkan satu per tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Apa itu KOLESTEROL?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting utnuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.
Bagaimana KOLESTEROL dihasilkan?
Kolesterol dihasilkan secara semula jadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda.
Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
Bagaimana KOLESTEROL boleh menyebabkan penyakit jantung?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
- LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
- HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
HDL pula dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Ini bermaksud, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.
Maka, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.
Penyebab utama tinggi KOLESTEROL.
Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang dari 200mg sehari.
Namun, cuba anda bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini
Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil kolesterol lebih dari pengambilan harian yang disyorkan.
BERTINDAK HARI INI:
Ikuti petua ini untuk merendahkan paras kolestero darah anda secara semulajadi.
- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
- Lakukan senaman lebih kerap.
- Turunkan berat badan.
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.
Apa itu FITOSTEROL?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.
Jadi, bagaimanakah FITOSTEROL berkesan?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banya fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.
Jumlah FITOSTEROL yang anda perlukan.
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.