Thursday, 26 June 2014

Bagaimana saya mengenali SHAKLEE ?



Memang femes SHAKLEE ni, dari dulu saya nampak banyak lekat sticker SHAKLEE di cermin kereta. Yang saya tau, produk SHAKLEE ni untuk kesihatan. Tapi belum pernah cuba.

Pada 3hb March 2014, kawan saya, FN telah menghantar mesej ke Whatapp saya. Dia memberitahu bahawa ada promotion Buy 6 ESP free 1 sepanjang bulan March. Saya pernah nampak canister ESP tu di rumah my sis tapi tidak pernah try. Then saya selamba sahaja membalas dia, mahal. Lepas tu, saya tanya lagi jika ada promosi lain tapi dia memberitahu cuma ESP saja yang ada promosi dan ESP nie boleh tahan sehingga dua bulan. So, tergerak juga hati saya mau tanya berapa harga. Bila saya tahu saja harga ESP tu..saya pun bagi tau FN..saya belum mau order. (Ini biasa terjadi kan pada kita yang ambil berat harga barang daripada ambil berat kebaikan barang tersebut).

Keesokkan harinya...

FN whatapp saya lagi...kali ini banyak gambar manfaat ESP yang dia show. Dan sekali lagi saya memberitahu dia..MAHAL. Tapi dia tidak putus asa mempromosi produk SHAKLEE dengan saya.
Akhirnya pada 4hb March 2014, saya telah bersetuju untuk membeli 2 canister ESP daripada FN. Mesti dia gembira sakan tu kan..Haha.

Pada 12hb March 2014, maka sampai lah 2 canister ESP tu ke tangan saya. 

ESP (1 for me, 1 for my sis)

Pada 13hb March 2014, saya pun start minum ESP. Memang bikin kenyang. Cuma masalah nya saya ni penggemar KOPI O which is not advisable to take when consuming ESP. Kafein ni melambatkan proses penyerapan nutrisi dalam badan. So, mau tak mau, saya terpaksa tahan diri untuk tidak minum kopi o. Bila tidak minum kopi, mula lah rasa pening, mata berair..macam nak pengsan. Tapi oleh kerana saya sudah minum ESP, tahan saja la simptom kekurangan kafein tu..haha. Selepas 5 hari tanpa kopi..akhirnya saya berjaya melepasi fasa-fasa ketagihan kopi o..Haha. I FEEL GREAT!


Pada 19hb March 2014, saya mula lah buat resipi ESP + Carrot. Memang sedap. Kenyang pula tu. Sihat lagi. So, saya tidak payah lagi makan sarapan sebab ini la sarapan yang sangat mengenyangkan saya. 

ESP + CARROT 


Pada 23hb March 2014, saya buat resipi ESP lagi. Tapi kali ni dengan avocado (buah susu). Memang sangat sedap. Tapi yang saya buat ni, terlalu pekat sebab setengah biji avocado saya blender. 

ESP + AVOCADO

Baru saja saya try minum esp beberapa hari, FN sudah mula promosi Buy 6 ESP free 1, dapat free membership, dapat cash bonus. Haha. Saya terus bagi tau dia, saya mau jadi member SHAKLEE..tapi nanti. hehe..saya kasi happy dia sekejap saja..hihihi

Pada 29hb March 2014, beberapa hari sebelum tamat promosi ESP, saya dengan my sis share beli Buy 6 ESP Free 1 yang telah diwar-war kan oleh FN tu. Since saya sangat excited mau jadi member Shaklee, so saya pergi ke Branch Shaklee di Neutron Point KK. Itu pun dua kali terlimpas bangunan Neutron Point. Tidak pernah pergi kan. Sampai saja sana, tiada customer, saya saja. Malu juga sebab first time kan. Saya pergi kaunter, tanya mana mau ambil borang order dan bagi tau saya mau jadi member. Staff tu pun bagi borang order dan borang new member. Mau isi borang pun masalah juga sebab tidak tau mana patut diisi..so memang banyak kosong la borang order & borang new member tu. Bila hantar borang di kaunter, staff tanya saya under ID siapa...hmmm tidak lain tidak bukan..mestilah FN kan. So i am officially SHAKLEE MEMBER with ID 1126945. Then saya pun bagi  tau FN, saya dah jadi member. Happy nya dia.
So, di sini la bermulanya pengalaman saya bersama SHAKLEE








2 comments:

  1. hye...selamat berkenalan...wahhhh..hebat kan produk shaklee ni..kalau nak tau saya pun consume vitamin shaklee ni termasuk la esp ni..sodapppppp....singgah2la di blog saya yeeee...http://love2bhealty.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Shaklee. ALWAYS SAFE. ALWAYS WORKS. ALWAYS GREEN.

      Delete